January 31st, 2010

Sebagai seorang anak kepada selebriti Hollywood yang terkenal,Maddox nampaknya cepat menyesuaikan diri dengan dunia gosip liar,kerana dia pun takkan terlepas darinya!Belum pun jadi artis lagi,anak kepada pasangan Hollywood Jolie dan Brad Pitt nampaknya dah pandai bermain dengan gosip-gosip nakal.
January 31st, 2010

Abaikan seluar jeans yang koyak rabak macam budak punk kat gambar di bawah tu,korang tak rasa ke yang Britney Spears ni dah mula kelihatan macam seorang mak..Finally!Huhu.Susah untuk seorang artis Hollywood yang sering dilanda gosip liar macam Britney ni untuk kelihatan seperti seorang mak atau bapak tapi nampaknya Britney telah berjaya walaupun hanya untuk bahagian luarannya sahaja.
January 27th, 2010

Limpahan ilmu yang dirangsang oleh fenomena usahawan internet di Malaysia sekarang menyaksikan munculnya pelbagai mazhab dan fahaman yang berbeza pada caranya tapi atas tujuan yang sama-Duit.Yang menjadi mangsa?Tentulah golongan newbie yang baru belajar mengira dan memahami matematik disebalik SEO dan kaedah yang digunapakai oleh jutawan-jutawan interenet yang dah berjaya.Kenapa aku merujuk newbie sebagai golongan yang menjadi mangsa?
Maafkan aku sebab suka memperjuangkan newbie jika korangĀ perasan.Tak kurang dari kamu semua,aku pun newbie jugak kalau dilihat dari umur blog aku ni.Tapi fikiran aku tak rencat.Aku sentiasa memproses.Sebab aku tak suka buang tenaga tak macam sesetengah korang.Ok,Berbalik pada topik ‘mangsa’ yang aku cakap tadi,kenapa newbie aku rujuk sebagai ‘mangsa’ dalam sesi ceramah kali ni?Aku mengajak korang semua intai-intai sikit kiri dan kanan.Bulatkan mata dan lihat.
January 27th, 2010

Dulu masa aku baru nak memahami kegiatan Freemasons,aku selalu masuk satu blog ni,holywar-efairy.blogspot.com.Tapi tadi time aku baru balik lepas tengok bola Negeri Sembilan menang lawan Terengganu,aku dapat satu mesej kat Facebook dari seorang kawan baik yang mengatakan blog tu dah takde.Mana pergi holywar-efairy.blogspot ni?
January 26th, 2010

Gambar Sekadar Hiasan Semata
Pernah tengok kan 3gp aksi budak-budak sekolah beromen?Dalam hutan lah..dekat sekolah lah..dalam rumah kosong lah..Banyak dah sekarang ni video aksi budak sekolah buat maksiat.Aku rasa ramai dah pernah tengok kan?Lepas tu bila kena rakam oleh mat skodeng,yang malu ialah mak bapak dan keluarga.Malu beb..Kenapa mak bapak susah nak hidu kegiatan diorang ni?Aku nak kongsi pengalaman aku..
Nak dijadikan cerita,dulu aku pernah menjadi seorang driver van sekolah.Huhuhu.Best bawak budak-budak sekolah ni..yang sekolah rendah comel-comel..yang sekolah menengah pun comel-comel jugak.Hehe.Nak-nak time tu aku pun muda lagi.Baru 21 tahun..Kira abang driver yang cool lah time tu.Wakaka.Aku memang suka berborak dengan diorangĀ ni.Datang dari pelbagai background dan macam-macam ragam..Memang satu pengalaman yang best.
January 25th, 2010

Bahagianya pasangan yang baru kahwin ni..huhuhu.Aku beranggapan gambar ni diambil selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar dan isteri barunya Zizie Ezzati mendirikan rumah tangga.Diorang dilihat sedang duduk mesra di sebuah Kelab Malam di Shen, WR, K.Kinabalu.Macam ni lah suami isteri.Saling sayang menyanyangi.
Tentang isu isteri keempat tu masih lagi menjadi tanda tanya.Sebenarnya bagi aku takde isu pun samada Zizie ni isteri keempat ataupun yang pertama.Yang penting semua pihak bahagia.Kita tunggu dan lihat je lah.
January 25th, 2010

Idea awal yang mencetuskan Google sebelum ia dicipta hinggalah kini ialah perasaan tak puas hati dari dua orang penciptanya yang merasakan pada ketika tu enjin carian seperti Yahoo! dan Excite sering membuahkan hasil carian yang tak relevan dan menyusahkan pencarian maklumat-maklumat.Matlamat utama Google ialah menyusun segala maklumat yang ada di dunia dalam rangkaian internet dan menyajikannya kepada pengguna secara relevan dan tersusun.Saat ni,Google mengerahkan ribuan komputer untuk memproses hasil carian dari seluruh dunia dan menyampaikannya dalam masa kurang dari setengah saat mengikut ranking kepercayaan orang ramai terhadap sesuatu website terbabit.