February 4th, 2010

Brian Johnson,vokalis utama kumpulan Rock ‘n’ Roll lagenda AC/DC hari ni mencemuh Bono U2 dan Bob Geldof sebab menunjuk-nunjuk kerja amal yang diorang buat selama ni.
Kata vokalis Ac/DC tu “Aku tak nak pergi ke konsert semata-mata nak dengar beberapa banjingan bagi ceramah tentang kerja amal untuk anak-anak Afrika.Maafkan aku wahai kawan.Kau sepatutnya buta sendiri kerja-kerja amal tu dengan menggunakan duit kau sendiri.Benda-benda macam ni memang buat aku meluat.Aku akan bercakap kasar dan kejam.”
February 3rd, 2010

Saman menyaman.Pengurus Steven Tyler yang baru telah menghantar surat kepada pengurusan Aerosmith bahawa dia takkan teragak-agak untuk menyaman band tu kalau Aerosmith menggantikan Steven Tyler dengan penyanyi yang baru.Dalam surat itu, peguam Skip Tyler Miller menyatakan bahawa nama Aerosmith sudah terlalu sinonim dengan Aerosmith.Para peminat pun mengenali Aerosmith dari Stevev Tyler dan begitu juga sebaliknya.
Steven sebelum ini telah memasuki pusat pemulahan atas ketagihannya kepada ubat tahan sakit namun menegaskan bahawa dia akan terus berada dalam Aerosmith.Dia juga ingin memperbetulkan khabar angin yang mengatakan dia akan berhenti dari Aerosmith.Baginya karier dunia seni belum berakhir dan dia masih berminat untuk menulis lagu,recording dan beraksi di atas pentas dengan Aerosmith secepat mungkin.
February 3rd, 2010

Pelakon,Justin Mentell yang terkenal dengan wataknya dalam Boston Legal,mati dalam kemalangan kereta kat Waukegan,Illinois.
Justin yang baru berumur 21 tahun ketika tu tengah memandu di kawasan luar bandar bila tiba-tiba jeep nya hilang kawalan lalu terhumban ke kawasan curam dan melanggar dua batang pokok.Dia jugak dilaporkan tak pakai tali pinggang keselamatan masa memandu.
Justin Mentell dilahirkan di Austin,Texas dan merupakan seorang atlit dalam sukan speed skating dan pernah menganggotai U.S Junior National Speedskating Team.Banyak kematian yang mengejutkan yang terjadi pada artis Hollywood baru-baru ni.Takziah buat keluarga Justin.
February 3rd, 2010

Anne Hathaway dan Tom Sherak telah diberi penghormatan untuk mengumumkan pencalonan bagi 2010 Academy Awards dalam satu majlis selasa lepas di Beverly Hills,Calif.Mengetuai pencalonan ialah Avatar dan The Hurt Locker,masing-masing dengan sembilan pencalonan.
Sedikit kelainan untuk tahun ni,untuk anugerah Best Picture,10 pencalonan dipertaruhkan termasukklah filem Up in The Air,The Blind Side,Precious dan District 9.
Steve Martin dan Alec Baldwin akan mengacarakan majlis glam itu bulan depan.The 2010 Academy Awards akan keudara secara langsung pada 7 March di channel luar negara,ABC.Kat Malaysia aku tak tau.hehe
Pencalonan:
February 2nd, 2010

Aku malas sebenarnya nak tulis pasal gosip-gosip picisan nih.Tapi Biggest Loser Asia punya pasal,aku kentalkan jari jemari kasar ku ini.
Pecah perut aku tengok Biggest Loser Asia tadi.Kalau pasal Hafiz main cinta monyet dengan Christine tu aku dah tak kesah sangat dah.Aku tengok pun si Christine tu macam syok tapi malu jugak dengan mamat Hafiz tu.Yang aku tak tahan bila time pengundian keluar kat judging room tu.Boleh ke orang semua dok pening kepala nak tulis apa kat kertas undi tu,si hafiz ni boleh tulis ‘I LOVE CHRISTINE’???WTF?
Comel jugak Muhammad Hafiz Amat ni.Patut lah Christine pun cair.Mat jiwang beb.Hehe.
Akibat perbuatan kebudak-budakan Hafiz tu,dia terus diterajang keluar dari Blue Team yang nampaknya macam tak suka forbidden love antara Hafiz dengan Christine dari Red Team tu.Kalau aku pun tak suka kot.Sepatutnya kita kena lah fokus kat pertandingan.Hadiah pun bukan calang-calang..Sponsor pun mesti tak suka kalau ada permainan budak-budak diselitkan dalam pertandingan yang serius macam Biggest Loser Asia ni.
Cuba la tiru macam abang Aaron Mokhtar dari Malaysia kita tu..Steady je..hehehe.
February 2nd, 2010

Russel Brand,yang macam korang semua tau,ialah seorang komedian British yang telah bertunang dengan Katy Perry.Baru-baru ni dia ade membuat lawak yang perkahwinan diorang akan bertemakan ‘bogel’.Maknanya para tetamu yang datang boleh memilih samada nak pakai baju atau nak telanjang bulat je masa upacara perkahwinan diorang.
Jelas,idea yang memberahikan aku tu takkan belaku.Malah,Katy Perry yang kini berumur 25 tahun mengingatkan supaya peminatnya tak mengharapkan sebarang kejutan masa perkahwinannya sebab Katy Perry merancang perkahwinan yang normal dan sederhana je.
February 2nd, 2010

Siapa Cory Monteith?Kenapa aku sibuk nak tanya mamat ni dah ade girlfriend ke belum,sape girlfriend dia?Yah.Gosip baru bebeh.Sape yang tak kenal Cory Monteith ni aku sarankan korang kena tengok cerita Glee.Itu je saranan aku.hehe.Sekarang Cory Montieth digosipkan pula dengan artis sensasi cun melecun yang aku cair setiap kali tengok,Taylor Swift.Sedih kan?Aku tau korang semua jeles..Aku pun camtu jugak.ekeke.
February 1st, 2010

Gosip hari ini:Artis kelahiran Afrika Selatan,Charlize Theron dilaporkan dah berpisah dengan boyfriend kesayangannya,Stuart Townsend.Berita ni aku tak tau lagi samada hanya sekadar gosip ataupun memang dah di sahkan sendiri oleh Charlize,tapi yang penting gosip perpisahan diorang ni dah tersebar luas dan sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan pada hubungan diorang.
Charlize Theron menamatkan hubungan selama 9 tahunnya bersama Stuart dengan alasan dia merasakan dah takde cinta antara mereka sebab bagi Charlize hubungan diorang dah mula menuju ke arah hubungan antara adik dan abang.Wow..Kalau betul lah tu sebabnya,memang patu lah diorang berpisah..Tapi kalau tak betul?huhu.
February 1st, 2010
Takde gosip hangat,takde kontroversi untuk artis Hollywood hari ni.Just plain red carpet routine.Itu yang aku tak suka.hahaha.Walaupun takde gosip artis untuk korang hari ni,aku still hidangkan something untuk tatapan kita bersama.Acara red carpet Grammy Awards 2010 yang berlangsung di Los Angeles semalam dengan gilang gemilang.Macam biasa Lady Gaga sentiasa mencuri perhatian.huhu.Enjoy all the gambar 

Lady Gaga

Jenifer Lopez Dan Hubby Marc