February 25th, 2010

Selepas satu show di Sanremo Music Festival di Italy pada 16 Februari yang lepas,Susan Boyle telah berkata pada salah seorang penonton yang merupakan peminatnya, “Dreams have no expiry date.I’d like this to go on and on.” Dia nampaknya ingin mengatakan yang dia sebenarnya sukakan populariti mengejut yang dialaminya sekarang dan berharap ia akan berterusan sepanjang hayatnya.
Tapi..
February 24th, 2010

Tarian seksi Jessica Simpson telah mengakibatkan pergaduhan antara dua orang lelaki yang cuba menarik perhatiannya.Jessica Simpson yang disifatkan oleh John Mayer sebagai hebat diranjang sedang leka menari dalam sebuah club di L.A bila tariannya yang menawan telah menarik perhatian sekumpulan lelaki yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan.
Seorang saksi berkata, “Jessica sangat seksi.Dia pandai menari dan menggerakkan tubuhnya dengan muzik.Sekumpulan lelaki yang singgah di club itu nyata tertawan dengan liuk lenggok tubuhnya dan merenung tajam kearah Jessica.”
February 23rd, 2010

Rihanna menyambut hari kelahirannya malam minggu yang lepas bersama boyfriendnya,Matt Kemp,beberapa teman rapat…dan seorang awek kerdil yang menari lap dance.
Majlis kecilnya itu diadakan di Arizona dimana Rihanna dan boyfriendnya pergi berhibur di bar serata Scottdale.Rihanna dikejutkan oleh pakwe barunya yang juga seorang bintang baseball bila Matt menjemput Bridget the Midget,yang juga seorang pelakon filem lucah untuk memeriahkan sambutan hari jadinya yang ke-22.
February 17th, 2010

Mischa Barton,yang sedang mengalami krisis dalam karier lakonannya telah dirakam ketika menghisap marijuana a.k.a ganja.
The Beautiful Life?You wish 
Baru-baru ni dia baru je lepas disaman oleh tuan rumahnya sendiri di NYC sebab gagal membayar sewa apartment mewahnya yang berharga $7000 sebulan.
Mischa dilihat menikmati ganjanya di dalam sebuah kereta convertible mewah.Dia dikatakan memandu secara membabi-buta sambil bercakap dalam telefon sebelum memberhentikan keretanya semata-mata untuk melepaskan gian.Selepas tu,dia juga dilaporkan terus memandu keretanya ke sebuah restoran dan makan tengahari bersama seorang lelaki tak tak dikenali (kemungkinan rakan mat-pit nya)

Mungkin yang dipegangnya hanyalah sebatang rokok yang digulung sendiri.Tapi melihat mukanya yang keperitan tu..Macam lagi berat je?Huhu
February 16th, 2010

Selepas dua tahun membuat anak,akhirnya Nicole Richie dan Joel Madden menjadikan perkahwinan diorang suatu hubungan yang rasmi.Buat anak dulu,baru kahwin..kira anak ‘belum’ nikah la.Haha.
Sebelum ni Nicole dan Madden dah menjalinkan hubungan selama tiga tahun dan dikurniakan cahaya mata iaitu seorang anak perempuan,Harlow,2 tahun dan anak lelakinya Sparrow,baru berusia 5 bulan.Nicole mengesahkan pertunangannya dengan Madden semalam kat David Letterman semasa merakamkan shownya.
February 15th, 2010

Kalau kat Malaysia,pasangan kekasih kita menghabiskan masa bersama semasa hari Valentine dengan tidak memakai seluar dalam dan main gesel-gesel,kat Hollywood lagi meriah.Ini cerita Sandra Bullock.Dia yang telah menjadi isteri kepada seorang peminat motosikal kuasa tinggi Jesse James,mengakui berasa ngeri bila persiapan menyambut Valentine’s Day untuk suaminya bertukar menjadi mimpi ngeri buat James.
February 9th, 2010

Motorola mengeluarkan sedikit bajet untuk mengupah Megan Fox dalam iklan terbarunya,dan,mengupah seorang model yang lain untuk menggantikan ibu jari Megan Fox yang dikatakan buruk.Megan Fox memang seorang gadis yang sangat seksi very da bomb,tapi ibu jarinya memang terlampau pelik dan kelakar.Jelas Motorola pun rasa sama seperti yang aku rasa.
Memang,iklan tu sangat seksi(lihat di bawah) dengan Megan Fox beraksi manja dalam bathtub,tetapi bayangan ibu jarinya yang sedikit besar dan kontot masih mampu mencalarkan seluruh adengan yang seksi tu.Hoho.Dalam iklan di bawah ni,Megan Fox beraksi bogel tetapi diselaputi buih-buih mandian dalam bathtub.
February 7th, 2010

Bukan Jessica Alba mau mali Ipoh maa..Ni cerita Jessica Alba Ipoh mali version.Makeover pembedahan plastik yang dijalani seorang wanita Cina baru-baru ni nampaknya berjaya menarik perhatian artis Hollywood,Jessica Alba.Aktres tu berasa sedikit kecewa dengan tindakan wanita Cina tu yang menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan sepertinya dalam usaha memikat teman lelakinya balik.
Walaupun apa yang wanita Cina tu buat sedikit menyetuh jiwa,tapi bagi Jessica Alba,cubaan menyerupai dirinya oleh wanita tersebut bukanlah pujian buat dirinya.Sebaliknya dia merasa kecewa .Dia merasakan tindakan menjalani pembedahan plastik oleh wanita tersebut adalah tidak berbaloi.Teman lelakinya sepatutnya mencintainya seadanya dan bukan hanya menyayangi bila dia kelihatan seperti seorang selebriti.
February 5th, 2010

Emma Watson lagi kaya dari Cameron Diaz,Sarah Jessica Parker,Angelina Jolie dan Jennifer Aniston?Itulah kenyataan bukan gosip yang dikeluarkan majalah Vanity Fair dalam Vanity Fair list of Hollywood’s 40 top earners.
Di usia seawal 19 tahun,Emma Watson telah menjana lebih kurang $30 juta pada tahun lepas,masing-masing 15 juta dari Harry Porter and the Deathly Hallows part 1 dan 2.Antara artis yang kecundang di tangan Emma dalam list tu ialah Cameron Diaz yang mengumpul $27 juta ketika menyumbang suaranya dalam filem ‘Shrek Forever After‘ dan beberapa lakonannya dalam filem yang bakal keluar ‘Knight and Day’ dan ‘The Green Hornet.’
February 5th, 2010
Hehehe.Selepas semalaman aku mengadap laptop buat benda tak berfaedah ni,akhirnya berjaya jugak aku meng’slim’kan diorang ni walaupun muka masing-masing dah macam tak cukup sifat je.huhu.
Ni lah tiga contestant favourite aku dalam rancangan Biggest Loser Asia.Dah kurusss.Muahahaa

Christine White