December 3rd, 2009

TRUST NOBODY.It takes me a lot to stick to that particular phrase.I do think most of the living creatures who call themselves grown ups,realize it or not,agree to it.It is something u just cant help.Like a nature call if it make any sense to you.And trust me,it takes a lot for them too.
The world used to be a big playground for us when we were kids.But as we grew older,we lost it.The gravity suddenly change rapidly.Ironicly for most of us especially in Malaysia.The liberals always have the idea that there is no such thing as fun and leisure when it comes to money making and survival.Therefore the playground,for them is long abandoned.Their life normally are financially in good shape for the liberals.The question is: Is it worth it?Having five digits amount of savings in your bank account but only have the opportunity to spent them in the elder days?The ability to provide luxourios life for your family but shorten the quality time with them?Is that the path you would go for?Journey ends at lovers meeting – Shakespeare once said.I guess it just too good to be true nowadays.
Where there is no love,there is no trust my friend.Which lead to another method of surviving skills,backstabing.It only takes a few thousands of Ringgit Malaysia for your closest relatives to stab your back.I mean,how cheap is that??Strangely i learned that it is totally an acceptable attitude.Yeah.I’m rapidly becoming one of them.OMG.Somebody help me!Well like I just mentioned earlier,it is something u just couldnt help.When you find your self stuck in the miserable world of grown up,you have to loose the sense of humanity.In order to survive the beast behavior,there is no option left but to act like ones.Yes.I did mention beast. 
I guess what i have seen before forced me to adress them,us and including me as beast.BEAST!OMG.What has gotten into me tonight?!haha.know what?To hell with it.I feel like ran naked tonight.I know I might as well despoticaly ruin your night too by inviting you kind people to the darker side of life tonight.Not that i such an expert in life.But I think this one has to come out this instance because I’m just on the verge of exploding deep inside.Pretty tough huh?So once again to hell with it.haha
December 3rd, 2009
Kali ni tutorial pasal jerawat lg.Adoyy.haha.Entah kenapa aku takde idea lain nak bagi tutorial kat korang selain tutor akak jerawat nih.Tapi..Tapi..tutorial kali ni sedikit tricky dan agak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..
Cabaran kali ni adalah:Meletakkan jerawat kat muka orang yang licin pulak.Dan mangsa kali ni ialah bekas tunang aku sendiri,kak Angelina Jolie..Haha.Aku buat tutorial ni atas dasar dendam aku kat dia 
Pada tutorial yang lepas aku dah ajar pasal Clone Stamp Tool kan?So tak perlu rasanya nak aku terangkan lagi.Ok,mula-mula kita bukak balik gambar adik kita yang dah di ‘makeover’ sampai licin hari tu dan gambar akak Jolie.Aku akan alihkan jerawat yang ade kat muka adik makeover tu ke muka akak Jolie.Macam mana?Senang je..

- Dengan menggunakan Pen Tool, buat satu work path yang melingkungi bahagian jerawat yang kita nak.

- Right click kat dalam lingkungan work path tu dan pilih > make selection.Make sure ‘feather radius’ ditetapkan kepada kosong sebab aku taknak bagi korang pening kepala nanti.
- Klik kat lasso tool dekat sidebar belah kiri dan seterusnya right click cursor kat workpath tadi tu.Pilih dari senarai yang tertera dari right click tadi > layer via cut
December 2nd, 2009

Cute girl just love to smoke grass
Tak lame je dulu kerajaan pernah wat statement nak naikkan harga rokok sampai minimum RM30.Hohoho.Time tu aku dah terduduk.Takkan la kejam sampai camtu?Tapi tak lame pulak lepas tu cadangan yang tak berapa nak bernas tu telah digugurkan..Hopefuly for eternity.hehe
Tadi aku and the gang telah membahaskan topik ni sambil makan satay tulang(orang belanje
)..Hasilnya kami berjaya come up with some ideas,why the governer should NEVER mark up the price to that terrifying level :
- Menyumbang kepada gejala sosial yang lebih teruk seperti mencuri duit dan rokok dan memeras ugut
- Kerajaan bakal rugi besar kerana orang ramai takkan berhenti merokok,bahkan mencari alternatif lain seperti membeli rokok seludup yang pastinya lebih murah dan rasanya masih boleh tahan.hehe
- Menggalakkan aktiviti penyeludupan
- Menambah peluang pekerjaan untuk perompak sepenuh masa.
- Mungkin membuatkan ramai pekerja kilang rokok kehilangan kerja
- Orang yang berkemampuan akan takut untuk membawa rokok ke tempat-tempat awam kerana risiko dicopet
- Bermulalah era baru dimana jaga security yang lengkap bersenjata diletakkan di kedai-kedai runcit,supermarket dan di restoran-restoran mamak.
- Mungkin pihak bank terpaksa memulakan perkhidmatan menyimpan rokok di dalam bank.
- Mungkin juga akan kelihatan fenomena pelik di mana orang ramai mengeluarkan rokok dari ATM machine
Hurm..penat ye nak keluar rokok kat bank..nak pakai online banking pun tak boleh.haha..Merepek je..
P/s : Aku bukanlah seorang perokok tegar.Hehe
December 2nd, 2009

Huh..Bosannya membebel sorang-sorang kat blog aku ni.hahaha.Baru tak sampai seminggu aku dah mula hilang sabar..Tapi bile tengok blog-blog orang yang meriah and happening perasaan jeles terus-terusan menguasai diri aku.Aku terbakar.Membara!Aku nak jadi macam dieorang jugak!YIARGHHHHH!Hati kecil aku berkata “Alaa blog aku ni baru lagi..Esok lusa ade la orang datang memeriahkan ZubairMedia.”Memang banyak aku nak membebel kat alam maya ni.Sebab bagi aku blogging ialah medium terbaik untuk aku menyalurkan idea-idea bernas dan kutukan-kutukan umum yang selalu dibazirkan kat meja kedai mamak je..Terus hati kecil aku berkata lg “Ah lantak la.Aku nak memebebel gak.” 
Kadang-kadang tu terfikir jugak nak buat kerja giler..Biasa lah kalau nak dapat perhatian ni kena lain dari yang lain..Macam ade satu cerita Mat Salleh tu,disebabkan satu video je,nama die terus melonjak naik dan terus menjadi Rockstar yang digilai ramai gadis..Mane taknye,video die tengah practise drumming sambil berbogel!hahaha..Tapi takkan la aku nak berblogging sambil berbogel baru orang nak tengok blog aku?Silap-silap kena smackdown ngan housemate aku sebab buang tebiat.Oh tidak…
December 1st, 2009
Hehe.Takde pape pun..aku ni bukanlah seksis sangat pun..Just nak kongsi dengan korang something.Korang judge la sendiri ok?
December 1st, 2009
Ok,tutorial ni memerlukan korang tau serba sedikit tentang Adobe photoshop sendiri sebab aku akan cakap sikit je pasal benda-benda mudah macam cara-cara nak open file,nak customoze workspace etc..Untuk tutorial pertama ni aku nak ajar benda yang fun dan ringan-ringan sikit.Cara-cara nak edit kulit korang dalam gambar agar nampak lebih fair and lovely dengan menggunakan clone stamp tool.hehe.Simple je 
- Customize workspace korang.Bagi aku yang wajib ade kat panel workspace Adobe Photoshop aku mase buat artwork ialah Histogram,Swatches,History dan Layers.Bagi aku panel-panel ni paling penting dalam memudahkan kerja-kerja seharian aku.hehe (Untuk edit tambah workspace korang click kat window kat sebelah atas photoshop korang.Semua workspace ade kat situ.

workspace aku yang handy
- Ok,Mula-mula cari open file yang korang nak edit (ctrl+O) .Aku sarankan korang eksperimen kat pic yang less complicated dulu supaya mudah nak kuasai teknik ni.

gambar yang aku culik kat google image.hehe
- Tengok kat panel tools kat sebelah kiri Photoshop,click kat Clone Stamp Tools.Clone Stamp tool ni macam basic brushes jugak tapi kelebihannya korang boleh brush pakai warna yang hampir 99% sama macam warna artwork yang korang nak edit tu.Kiranya korang tak perlu susah-susah adjust warna kat swatches supaya dapat warna yang padan dengan artwork yang korang kerjakan.
November 30th, 2009
huhh.Hari yang bosan!Bangun tido pukul 12,teros mandi pastu mengadap laptop.Sampaiiii malam(sekarang pukul 2.08 am)hehe.Biasa lah baru-baru nak blogging nih banyak nak kena buat..research lah..submit itu ini..adoyy.Nak pulak semalam baru lepas format laptop.1st time aku format laptop sendiri.Itupun dengan ihsan pertolongan Richie..Thanks dude 

Laptop aku yang stylo macam tuannya.muahaha
Kali ni aku nak kongsi dengan korang resipi diet yang mudah dan efektif yang perlu korang take note.Enjoy!

Tukang masak yang seksi.Nasib baik gambar bawah dah censored :p

Resipi Mr. Sexy
1. Bukak freezer tengok ape yang ade
2. Campak semua masuk dalam kuali
3.Jage kuali jangan sampai nasi jadi hitam
November 29th, 2009

Kenapa artis tempatan tak best?Aku sebagai pendengar muzik yang sangat tegar(kalau tak dengar mp3 sehari boleh mati tau..hahaha)rasa susah sangat-sangat kalau nak cari muzik dan artis berkualiti kat Malaysia ni.Adey..Bukan nak jatuhkan martabat industri kita sendiri.Tapi aku rasa ni hak aku.Sebagai pendengar aku berhak demand yang terbaik.Aku nak sangat tengok artis kita perform setaraf ngan artis international kat luar sane.Korang pun nak kan?Bangga wey!!For the sake of musics,aku cuba mengupas mengikut logik akal aku sendiri masalah dan permasalahan yang perlu para penggiat seni kat Malaysia ni beri perhatian :

1st of all,aku nak citer pasal ATTITUDE..face the fact:muzik sekarang ni kena datang dalam full pakej.Kalau hensem tapi muzik wat sakit telinga je nak buat ape kan?kalau lagu sedap tapi live hancur pun tak jadi jugak.Dulu orang boleh cakap musics is all what matter.Tapi bagi aku tak lagi sekarang.MTV.yup!Itulah yang membezakan dulu dan sekarang.Attitude dude.We all go nuts for attitude!Pernah dengar kumpulan The Strokes tak?Alaa yang yang sumbang lagu untuk soundtrack filem Transformers yang first dulu tu..aku rase ramai korang pernah tengok dieorang perform atas stage macam mane kan?Statik nak mati!haha.Tapi,dioerang statik dengan penuh bergaya.Itulah yang dinamakan attitude yang bagus.Tak perlu terkinja-kinja tapi performance dieorang sangat perfect.Just nice.
Bukan aku cakap terkinja-kinja tu tak bagus..kalau kena caranya sebenarnye cantik gak.just nice gak.Tapi kalau tak kena gayanye tu yang nampak over..Macam System Of a Down.Bila perform dieorang terkinja-kinja macam orang giler,but their fans worship them!Sebab attitude dieorang kena pada tempatnye..Macam jugak artis RnB dan Hip Hop international..fuhh..tak payah nak cakap la aku rase..Cool je dieorang perform..tapi effect nye sangat dasyat.Dari dance choreogrphing,stage and lighting,sound sistem,camera angle sampailah ke smoke effect,semuanya memukau mata.Tak macam sesetengah artis yang perasan hip hop kat industri kite ni..asal name hip hop je nak rapping terjerit-jerit dan melompat-lompat.memang energetic..tapi sayangnya tanpa hala tuju dan nampak seolah-olah performance tu tak perlu rehearsal pun dah jadi..Kalau nak cakap pasal modal,maybe stage yang gempak memerlukan modal yang besar..But what about performing arts and attitude?Its only take some hardwork and self awareness bout what performing is all about.Bukan syok sendiri sorang-sorang kat atas stage tu..
November 28th, 2009

Dalam dunia nutrisi,terlalu banyak artikel yang menyalurkan cara-cara diet yang seimbang yang malangnya sukar dan leceh diikuti dan lebih teruk lg tidak membawa ape-ape kesan pun.Ya!buang waktu dan duit.Aku bukanlah pakar nutrisi ataupun kesihatan.Tapi aku banyak buat research tentang kesihatan dan kebanyakan artikel yang aku rujuk semuanya dalam bahasa Inggeris dan tidak dijamin efektif.Agak melecehkan bukan?So sebab aku sayang pembaca-pembaca blog ZubairMedia.com,disini disenaraikan 10 cara mengurangkan berat badan yang mudah,murah dan efektif ;D
- Mula-mula,fahami diet : Diet ialah mengimbangi jumlah kalori yang diambil dalam makanan dengan jumlah kalori yang dibakar melalui kerja-kerja dan excercise yang dilakukan seharian.Maksudnya,jangan ambil kalori lebih dari yang badan perlukan. Jumlah kalori yang diperlukan berbeza mengikut umur,jantina,saiz badan dan aktiviti fizikal seseorang.Tapi badan orang asia selalunya memerlukan lebih kurang 2000 kalori sehari.So kena pandai agak dan rajin suvey jumlah kalori yang korang ambil.Jangan ambil remeh kalori dalam diet.Diet is all about CALORIES!
- Minum air dengan banyak!Minum air kosong secara berkala dan banyak.Air membantu badan untuk menyerap nutrisi dalam badan dan memberi kulit yang cantik pada kita.Taknak ke?Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap diet penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan dalam amalan diet.
- Yang ni favourite aku.hehe.Ubah cara permakanan.Makan banyak-banyak mase sarapan,sebaliknya tidak makan keterlaluan untuk makan tengahari dan malam.Mengambil sarapan meningkatkan kadar metabolisma badan dan mengimbangi dan menstabilkan kadar kalori dalam badan.Kalori yang diambil di awal pagi mempunyai ang kitaatempoh yang cukup untuk dibakar semasa kerja seharian yang kita lakukan.Diet yang bagus ialah makan sarapan untuk tujuan memberi tenaga sepanjang hari dan makan tengahari dan malam hanyalah sebagai tambahan suplemen dan alas perut.
- Takut makan nasi?haha.tak perlu begitu.Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
- Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.Buat ape makan laju-laju?tak dapat hadiah pun..Nikmati la makanan disamping membantu metabolisma badan supaya diet anda tidak disia-siakan hanya kerana tak suka mengunyah lama-lama.
November 27th, 2009

The Super Insurgent Group Of Intemperance Talent
They’r loud,proud and alive-The Super Insurgent Grop of Intemperance Talent – The SIGIT.Band kegemaran aku ni mula bertapak dalam industri muzik indie indonesia sejak 2002 dan masih kacak dan bertenaga hingga ke hari ni.berasal dari bandung,indonesia,mereka mula melakar nama dan mendapat tempat di hati anak-anak muda indonesia selepas single mereka,soul sister menjadi hit dan kerap diputarkan di corong-corong radio tempatan.
Korang suke rock ‘n’ roll?sanggup ambil cuti dan skip lecture semata-mata sebab The Cangcuters dan Hujan nak perform dlm gig yang sama?nah,The Sigit patut ade dlm iPod korang.sekarang juga!haha.korang boleh lupakan adik beradik nick dan chris cester sekejap.kerana mereka(The Sigit) ,adalah versi gabungan ac/dc dan jet pada masa yang sama,cuma muzik mereka bg aku lebih simple(in a good way) dan susunan muzik yang brilliant! dengan jeritan vokalis,rekti yang seksi dan akan membuat bulu roma korang tegak untuk tempoh mase yang lama,aku lebih suka melabel muzik seperti mereka new age of rock ‘n’ roll.lebih baru dr jet,lebih bru dr the vines dan pastinya lebih baru dr bittersweet!yyup!

vokalis : hard rockin REKTI
Lagu yang patut korang dengar:
- let it go
- clove doper
- satan state
- new generation
- soul sister
- black amplifier
Track mereka simple.plain rock ‘n’ roll.mungkin itu yang membuatkan mereka mudah diidentiti dan digilai.bunyi mereka sedikit garaj.dengan rentak yang laju dan catchy,susunan lagu mereka terlalu memberontak!sesetengah track the sigit juga diselitkan kesan bunyi electronic dan percussion yang mengghairahkan.haha. hampir kesemua track lagu mereka mengandungi adunan riff yang keras dan mudah ditangkap dengan kesan muzik yang sangat “just nice”..ahhh.sangat refreshing..lirik mereka mungkin membawa mesej yang ringan (kadang-kadang macam bwk mesej freemason pon ade),tp still kuat dan brilliant.amaran;memang mereka agak secara terus terang menggunakan simbol-simbol freemason.SO JANGAN MUDAH TERPENGARUH OK? walaupun nama mereka tak se’gah’ the changcuters mahupun white shoes and the couples company di seberang,tp bg aku muzik mereka melampaui masa dan ruang berbanding kebanyakan muzik yang wujud di nusantara.haha.maybe korang rasa aku terlalu menjulang nama mereka.tp the sigit ada kualiti tersindiri dan berada dalam liga yang luar biasa.