googledb39edd63315855d.html

Ne-Yo Ditahan Di Norway,Kes Gaduh Tumbuk Muka

Penyanyi RnB Ne-Yo telah ditahan di Oslo, Norway selepas salah seorang krew tour nya  bergaduh dan menumbuk seorang pekerja bar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit ‘Closer’ dan ‘Mad’ tu sedang berparti bersama krew nya di bar Emil & Samuel di Oslo selepas satu show nya berakhir Sabtu lepas.Parti yang rancak itu mula bertukar menjadi tidak terkawal bila orang-orang Ne-Yo mabuk dan berparti tak ingat dunia.Seorang pekerja dalam bar tersebut yang jelik melihat cara diorang berparti menarik salah seorang wanita yang sedang menari dengan Ne-Yo.

Jelasnya itu menimbulkan kemarahan krew Ne-Yo.Semasa pekerja bar tersebut lalu di depan meja salah seorang krew nya,seorang lelaki menahan dan terus menumbuknya di muka.Pekerja malang tersebut telah ditumbuk dengan teruk sehingga dia muntah-muntah dan terus pengsan lepas insiden tersebut.

Ne-Yo dan budak-budaknya meninggalkan bar tersebut kerana bimbang dengan kesalahan yang diorang lakukan.Namun kesemua yang terlibat pantas dicari oleh pihak berkuasa Norway dan kini berada dalam tahanan Polis Norway.Pengurus bar terbabit berkata “ini hanyalah insiden kecil tapi malangnya ia melibatkan seorang selebriti terkenal” seolah-olah tidak mahu memperbesar-besarkan cerita.

Sementara tu pekerja bar nmalang tersebut merancang untuk mendakwa Ne-Yo di mahkamah atas kecederaan yang dia alami.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen la sikit..

CommentLuv Enabled