googledb39edd63315855d.html

Susan Boyle Kesunyian Disebalik Popularitinya

Selepas satu show di Sanremo Music Festival di Italy pada 16 Februari yang lepas,Susan Boyle telah berkata pada salah seorang penonton yang merupakan peminatnya, “Dreams have no expiry date.I’d like this to go on and on.” Dia nampaknya ingin mengatakan yang dia sebenarnya sukakan populariti mengejut yang dialaminya sekarang dan berharap ia akan berterusan sepanjang hayatnya.

Tapi..

Dua orang abangnya kini mula menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan sikap Susan yang nampaknya kini lebih berani dan melaungkan kebolehannya mengawal tekanan yang dihadapi akibat populariti mendadak yang dialaminya selepas mencipta fenomena di rancangan realiti Britain’s Got Talent.

“Perjalanan karier dan populariti melampau yang diraih Susana terlalu memenatkan untuknya.Dia masih masih tetap bermasalah dan kesunyian,”abangnya Gerry memberitahu majalah PEOPLE dalam keluaran terbaru mereka.

Seorang lagi abangnya,John lebih jujur: “Dia memerlukan penjagaan 24 jam.Dia perlu dijaga.”

Susan nampaknya masih lagi terkejut dengan apa yang dia raih sekarang.Setiap malam dia akan kesunyian dan bimbang dengan keselamatannya.Pihak pengurusan terpaksa memasang security untuk mententeramkan perasaan takutnya.Bila dia rasa tak cukup selamat dan sunyi,dia akan menelefon ramai orang termasuk keluarga dan rakan terdekat.Bila dia bersedih tak tentu pasal,dia akan bermalam di rumah rakan karibnya Lorraine Campbell.

Kesian Susan..Waktu malam memang menyakitkan buatnya.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen la sikit..

CommentLuv Enabled