googledb39edd63315855d.html

Jessica Alba Versi Ipoh Mali

Bukan Jessica Alba mau mali Ipoh maa..Ni cerita Jessica Alba Ipoh mali version.Makeover pembedahan plastik yang dijalani seorang wanita Cina baru-baru ni nampaknya berjaya menarik perhatian artis Hollywood,Jessica Alba.Aktres tu berasa sedikit kecewa dengan tindakan wanita Cina tu yang menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan sepertinya dalam usaha memikat teman lelakinya balik.

Walaupun apa yang wanita Cina tu buat sedikit menyetuh jiwa,tapi bagi Jessica Alba,cubaan menyerupai dirinya oleh wanita tersebut bukanlah pujian buat dirinya.Sebaliknya dia merasa kecewa .Dia merasakan tindakan menjalani pembedahan plastik oleh wanita tersebut adalah tidak berbaloi.Teman lelakinya sepatutnya mencintainya seadanya dan bukan hanya menyayangi bila dia kelihatan seperti seorang selebriti.

Wanita Cina yang berumur 21 tahun hanya dikenali sebagai Xiaoqing tu berkata dia perlu menjalani beberapa bembedahan palstik untuk mata dan hidungnya untuk menyerupai artis yang dipuja teman lelakinya,Jessica Alba.Mereka sebelum ni menjalinkan hubungan selama setahun lebih sebelum berpisah bulan lepas kerana obsesi melampau teman lelakinya ke atas Jessica Alba.Doktor pakar di Shanghai sedia menjalankan pembedahan tu secara percuma namun dalam masa yang sama mengingatkan risiko berkekalan pembedahan tu kepada Xiaoqing.

Sementara tu,Jessica Alba juga bercakap tentang baby nya yang berumur 19 bulan yang kini bersama dengan dia berhibur di Miami. “Setakat ni,dia sangat tertarik dengan cahaya.Setiap kali orang membunyikan hon ataupun dia terdengar bunyi-bunyian seperti siren,dia akan menunjukkan reaksi dan menuding jari ke semua arah” katanya sambil tergelak.” Sungguh menyeronokkan buatnya.Bunyi-bunyian,cahaya dan kereta yang berpusu-pusu.Suasana yang mengujakan buat baby yang berumur 19 bulan.”

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Komen untuk “Jessica Alba Versi Ipoh Mali”

  1. ery says:

    macam photoshop ja…
    ery´s last blog ..Tidur Dengan Suami Orang My ComLuv Profile

    [Reply]

    admin Reply:

    sudah semestinya.hehe

    [Reply]

  2. Hmmm…. memang tidak berbaloi nak buat pembedahan cenggitu…. sakit je ade laaa

    [Reply]

Komen la sikit..

CommentLuv Enabled