googledb39edd63315855d.html

Kalau Katakan Taknak Pada Rokok,Katakan Taknak Juga Pada Cukai Rokok

Aku mula menceburkan diri dalam arena rokok antarabangsa sejak tingkatan empat dulu lagi.Masa tu aku bermula secara kecil-kecilan.Paling kuat pun 5 batang rokok sehari yang aku sedut.Kemudian,aku maju setapak.Disamping menghisap rokok,aku menjadi supplier rokok kat asrama aku.Hahaha.Jahat kan?Time tu aku ade bisnes partner iaitu Naim.Perniagaan kami begitu lancar sehingga memaksa kami mengupah beberapa buruh kasar yang terdiri dari junior-junior untuk urusan menyeludup stok dan menjadi stokis pengedar untuk setiap daerah terpilih.Persaingan bisnes masa tu sangat sengit kerana orang ramai dah mula sedar betapa mudahnya membuat duit dengan menjual rokok.Penyeludupan tembakau mula menjadi fenomena baru.

Walaubagaimanapun,kami terus menerajui pasaran domestik bersaing hebat dengan syarikat pembekal rokok secara pukal RidzuanRichie Sdn Bhd yang berpengkalan diseberang blok Asrama Putera.Pelbagai skill dan tipu helah yang diguna pakai untuk mengaburi mata polis-polis tempatan yang sentiasa mengawal ketat pintu masuk sempadan.Bisnes kami gagal bertahan.Akhirnya salah seorang buruh kasar yang diupah kami berjaya meloloskan diri seterusnya membuat laporan polis.Kejatuhan era segi tiga emas Aspura bermula.Banyak sindiket penyeludupan tumpas termasuk syarikat RidzuanRichie dimana tuannya disabitkan dibawah Akta Penyeludupan Bahan Terlarang dan Akta Buruh 1967.Hahaha.Padan muka.

Ok itu sejarah aku.Intro je..Topik utama aku nak cerita betapa sayangnya aku pada sebatang makhluk yang dipanggil ROKOK.Taukah korang kenapa begitu sukar bagi seorang penghisap rokok tegar untk give up rokoknya?Bagi aku rokok berkait rapat dengan aktiviti seharian yang aku lalui.Macam mana nak kata TakNak!

1.Setiap kali seorang lelaki menghisap batang puaka tu,akan ada sekelumit rasa yang membuatkan si perokok merasakan kelakian dalam dirinya..Hatinya akan tenang dan berasa cool untuk seketika..hatinya tenang tapi hitam.

2.Setiap kali lepas makan korang mesti rasa happy kan?Bila kenyang kami happy,bila happy= hisap rokok.

3.Bila melepak dengan rakan sebaya,mestilah pelbagai isu semasa yang ditimbulkan.Antaranya melibatkan banyak perasaan macam sedih,gusar,takut,gembira etc..Sekali lagi kami menghabiskan sisa hidup kami dengan menghisap rokok.

3.Bila putus cinta atau dilanda masalah,rokok memainkan peranan penting sebagai teman berbicara.Asap rokok yang dihembus seolah-olah membawa pergi masalah yang ditanggung tu walaupun untuk seketiak seketika.

4.Percaya atau tidak,lelaki akan rasa gagah jika menghisap rokok selepas bersetubuh dengan isyterinya.Hehe

6.Rokok ni bijak orangnya..Bila berfikir atau menjana idea,hisaplah rokok.Rokok akan bagi ilham.haha

7.Rokok juga sebagai pemangkin sosial bagi seorang yang bodoh sosial macam aku.Contohnya bila nak memulakan perbualan:

“Ade lighter tak bro?”

“Rokok naik harga lagi ke?”(tanya kepada pakcik yang tengah beratur kat kaunter)

“Nak rokok?’(ayat mengorat yang mintak pelempang)

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah berhenti merokok bukanlah suatu perkara mudah sebenarnya.Disamping ketagihan yang kami hadapi,merokok juga semacam habit yang sebati semacam pemangkin untuk melakukan sesuatu kerja.Jesteru aku hairan kenapa harga rokok dinaikkan.Ianya hanya meningkatkaan kadar penyeludupan dan mungkin mencetuskan beberapa jenayah kecil yang lain.Jika taknak kami hisap rokok,janganlah menjual rokok..Kalau nak rakyat katakan Taknak pada rokok,katakan TakNak pada cukai sekali ;P

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Komen untuk “Kalau Katakan Taknak Pada Rokok,Katakan Taknak Juga Pada Cukai Rokok”

  1. kura2 laju says:

    weh.jgn ah hisap rokok lg.nnt kau saket.

    [Reply]

    admin Reply:

    tengah control la ni..mulakan dengan berhenti membeli.hu3

    [Reply]

  2. ery says:

    berenti membeli.. pastu pow rokok aku…
    banyak chantek muka ko… hahaha
    ery´s last blog ..Blog Anjing – Kalau Ko Percaya Ko Pun Anjing My ComLuv Profile

    [Reply]

    admin Reply:

    tau takpe.wakaka

    [Reply]

  3. hMMMM…. Kalau tak silap si richie kate die hisap rokok mahupun shisha…. ;-)
    kisahsensasi´s last blog ..Pengurus besar termuda My ComLuv Profile

    [Reply]

    admin Reply:

    yeke?dia tak hisap rokok lah..shisha tu tak tau lah..huhu

    [Reply]

  4. paeh says:

    di nasihatkan rakan-rakan aku di sana, berhentilah merokok. hahaha
    paeh´s last blog ..Harian Metro Guna Google Adsense My ComLuv Profile

    [Reply]

    admin Reply:

    Mari!hehehe

    [Reply]

  5. ko suh budak bli rokok…pastu ko suh budak tu jual…dlm mase yg same ko paw rokok tu free2…org laen yg kene byr…hasil jualan ko mik wat blnje…

    hmmm…mg untung…xperlukan modal pon…

    [Reply]

    admin Reply:

    .Macam pernah buat je?ha3

    [Reply]

  6. si perut ketak says:

    modeng codron sampah!

    [Reply]

    admin Reply:

    ehh..cakap baik2 sikit bai..cordon terbaik!ha3

    [Reply]

Komen la sikit..

CommentLuv Enabled