
Tahukah korang,usia ZubairMedia.com hari ni tak sampai 2 bulan pun lagi?Maksudnya blog yang tengah korang lawati ni baru je wujud iaitu kira-kira hujung bulan Disember tahun lepas.Dan setakat ni aku rasa agak berpuas hati dengan traffic dan alexa rank yang berjaya aku perolehi..Ok la kot untuk newbie macam aku ni.Nak lawan sifu tak dapat la kawan..Huhuhu.
Persoalannya,macam mana alexa rank aku naik dengan cepat dengan traffic yang konsisten?Nasib je ke?Tak mustahil sebenarnya menaikkan traffic rank korang dalam masa yang singkat.Mari sini aku kongsi sedikit ilmu.
Penting!Mula-mula betulkan persepsi korang dulu.Apakah yang perlu korang isikan dalam blog korang yang baru?Siapakah pembaca korang?Mari mengenali audience kita:
Mungkin ramai antara korang yang masih tak perasan:
Bloggers yang tinggi trafiknya sentiasa menulis entri yang tinggi marketnya walaupun ianya berkisar kehidupan seharian diorang.
Jika kau bukan artis,berpijaklah di bumi yang nyata.Tiada siapa yang ingin tau apa yang kau buat sebaik saja kau bangun tidur.Orang tak terkejut pun bila kau cerita tentang filem apa yang korang tonton untuk hari tu.So,hentikan menulis perkara yang tak relevan.As a newbie,kita bukan sahaja menulis untuk maintain followers kita,kita mendukung dua beban sekali dengan berusaha menarik traffik untuk mendedahan kewujudan blog kita sekali.
Tulislah apa sahaja yang boleh menarik pengunjung.Apa sahaja!Aku sentiasa membuat research yang kritikal sebelum menulis entri supaya entri aku sentiasa relevan dan memenuhi keperluan pembaca.Ya,untuk membuat pembaca menyayangi blog anda bukannya sesuatu yang boleh di’selambaradak’kan pengisiannya.Ia melibatkan research yang membosankan dan leceh.Tapi bila korang dah mula menyayangi pembaca,pembaca akan menyayangi korang balik.Disitu lah keseronokan berblogging korang baru bermula.

Apa yang tak perlu ditulis?
Hentikan menulis benda yang merepek dalam blog korang jika nak pembaca yang sentiasa dahagakan entri korang.
1.Bila korang mempunyai ilmu yang sedikit dan tidak berpengalaman,menulis tentang membuat duit online adalah permulaan yang salah.ORANG TAKNAK BACA dan ORANG DAH BOSAN BACA.Sebenarnya itu hanyalah menjatuhkan kredibiliti korang.Korang nak baca ke suatu benda yang korang dah tau berulang kali lebih-lebih lagi pengalaman korang lebih luas berbanding si penulis?
2.Mula-mula terjun ke dunia blogging,hadapilah kenyataan yang tiada siapa pun yang kenal siapakah kau.Visitor tak berminat dengan kau,dan tak ingin tau perasaan kau bila diherdik oleh pasangan kekasih kau.Mereka nak tau something yang berguna untuk mereka.Sekurang-kurangnya something yang mereka kenal dan tau.Mereka nak something yang relevan dengan kehidupan mereka.
3.Pembaca mencari kelainan.Jika pengisian blog korang tak unik,itulah kali terakhir blok kau akan dilawati oleh individu-individu yang mudah bosan.Unik disini bermaksud cerita yang korang sampaikan hendaklah sentiasa fresh dan penyampaian yang menarik.Simple je.
Lagi sekali,betulkan persepsi korang.Kita tak perlu menjadi orang pertama yang menulis tentang sesuatu tu untuk blog kita menjadi hit.Yang paling penting ialah isu yang korang tulis perlu sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.Bila kreatif,sesuatu yang sudah lapuk boleh menjadi menarik.
Aku jarang meluangkan masa memenuhi chatbox orang dengan ayat-ayat macam ‘follow me’ , ‘nanged u’ dan ‘nice post’.Kerana traffic drive daripada sumber macam tu sangat sedikit dan tidak kekal.Tiada tarikan langsung disitu.Bagi aku chatbox ialah ruangan untuk berborak.Bukan mengiklan ok.Lagi satu aku tak suka komen blog orang sekadar nak tayang blog kat situ.Aku rasa semua orang tak suka kot bila orang komen sepatah dua kat bawah entri diorang lepas tu tayang blog.Oh sangat tak menarik.Budaya ni tak mendatangkan traffic yang ramai pun.Percayalah.
Ok.Sekarang kita sama-sama betulkan persepsi kita untuk berblogging supaya blogging menjadi sesuatu yang fun dan bukan sekadar mencari duit mudah.Bila persepsi kita dah betul,baru aku boleh cerita macam mana menulis entri yang bernas dan mesra pembaca disamping menyelitkan keyword yang menusuk kalbu.Huhu.Bila entri dah masyuk pulak baru boleh cerita cara menayang blog korang dengan berkesan dan berhemah..Tapi di entri seterusnya ok..hehe
RSS Feed
Twitter
Kategori
Tags: 

Isikan email anda untuk latest update dari ZubairMedia
wohoho.. post yg hadi daripada dalam lubuk hati
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 3:30 pm
Haha..Tengok sifu aku dah tunjuk muka
[Reply]
entry yang sangat menarik. ternanti2 yang seterusnya.
aieblawg´s last blog ..Review pemindahan pemain liga Inggeris.
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 3:36 pm
akan datang bro..nantikan
[Reply]
waahhh. aku macam terkena di situuuu…
paeh´s last blog ..Mengenai Dapatwang.com
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 3:42 pm
tang mana tu bro..huhu
ko laju gak naik..rendah diri konon..huhu
[Reply]
paeh Reply:
January 19th, 2010 at 4:00 pm
yelaaa.bercerita pasal buat duit online… terkena kot…
paeh´s last blog ..Mengenai Dapatwang.com
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 10:00 pm
Lain konsep ni..ko promote bisnes..ni aku tujukan pada yang tulis2 kosong camtu je..huhu
assalamualaikum
kalau komen yang promote blog tu,camni leh ke —> “nice post!thanks for the sharing!terima kasih berkongsi ilmu. ”
kat blog aku selalu aa orang komen camtu.. padahal artikel sebut pasal ciri-ciri api neraka,diorang tulis ,nice post… nampak sangat aa tak baca kan? kalau baca at least akan ckap “astagfirullahalazim.. smoga kita smua dilindungi..”
haha
kalau ye pon nak promote blog,bajet2 gak aa diorang2 ni..
nyway, seriously post kau ni nice.haha.. 1st tyme sampai
assalamualaikum
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 10:03 pm
Yea..tu lah yang aku maksudkan..
kalau nak komen tu ikhlas lah sikit..huhu..
thanx melawat blog buruk aku ni bro
[Reply]
aku happy berblog…aku tak pk duit sangat tapi puas……………
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 10:03 pm
ye naim..selalu ko cakap kat aku tu..dats the spirit bro
[Reply]
Lagi sekali,betulkan persepsi korang.Kita tak perlu menjadi orang pertama yang menulis tentang sesuatu tu untuk blog kita menjadi hit..–mende yng slalu aku sangkekan
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 10:07 pm
yang penting cara korang sampaikan lain dari yang lain encik rusdan..itulah yang membezakan blog ko dengan orang lain
[Reply]
aku rasakan tajuk kena tukar kot..blogger nak alexa rank turun bukan naik..hehehehe..(jokin’)
syabas bai!
[Reply]
admin Reply:
February 1st, 2010 at 8:58 pm
tidakkk..blog aku dah diterjah blogger2 otai..hehe.thanx bro..
p/s:sumpah tak prasan pasal turun/naik tu..hoho
[Reply]
Tersesat kat blog ni masa cari keyword Alexa… Thanks for sharing ye bro….
Ingat Hijau : Ingat Daus
Daus´s last blog ..7 Tips Meningkatkan Alexa Rank Untuk Blog
[Reply]